Tuesday, August 11, 2015

Bersalin Anak Pertama (Throwback Jauh2) Part 3

Assalamualaikum w.b.t.

Sementara nak run data aku boleh sambung balik cerita pengalaman bersalin aku yang dah tertinggal lama ni. Sambungan dari Part 1 & Part 2

Untuk pengetahuan semua, aku bersalin dekat Hospital Taiping, tahun 2013. Time tu (aku tak tahu dah upgrade or still sama sekarang ni) labour room nye adalah open, maksudnya tiada bilik2 khas/persendirian untuk ibu2 bersalin. Kecuali kalau ada complication kena buat operation, then uolls akan ditolak masuk operation room iaitu sebelah je dengan labour room tadi. Dia buat partition antara katil dengan menggunakan tirai langsir je. Kira kalau ade patient kat sebelah boleh la nak bersembang/mengaduh bersama2 sementara tunggu baby keluar. Mende ni memang aku dah sedia maklum, sebab dulu penah praktikal kat sini & memang selalu keluar masuk tempat ni. So, dekat sini tiadalah konsep suami boleh masuk sama2. But its ok.. Mujurlah dah terapkan dalam hati nilai2 murni iaitu tak nak jadikan perkara ini suatu kemestian. Even ada few friends yang tak puas hati suami tak boleh masuk. (eh!) orang2 cmni mesti belom belajar nilai2 murni macam aku tu..hehe. 

Keadaan di labour room sangat sejuk! Seriously sejuk. Dah la baju patient ni nipis, lepas tu kena selak bahagian bawah tu.. Arghh, sejuk sangat2. Memang aku menggeletar kesejukan. Dieorg pakaikan ctg (alat yang rekod degupan jantung baby) kat perut aku. Then suruh aku baring mengiring ke kiri & lutut naik sikit. So senang dieorg pantau dari belakang tu nak tengok area tu dah start timbul dengan kepala baby ke belom. Aku rasa lah sebab memang dieorg asyik tengok situ je. :) Alhamdulillah..mungkin berkat doa aku dan suami, takde sorang pon yang jantinanya lelaki ada kat situ. Mungkin kebetulan bukan shift dieorg or sebab husband aku ada mintak nak doktor perempuan, so dieorg xmasuk dalam. Yang sambut baby aku pon bidan dan dibantu oleh nurse2,nurse pelatih yang sememangnye semua perempuan. Alhamdulillah. 

Sementara nak tnggu bukaan ideal iaitu 10cm, kena la hadap sakit tu dlu. Nurse pelatih memang sangat2 membantu. Ada tiga orang yang selang-seli jaga aku time tu. Aku mengaduh kat dieorg je. Aku cakap pinggang lenguh, dieorg picitkan. Aku cakap kaki sejuk, dieorg selimutkan. Haha. Selesa je rasa. Dalam hati dah terdetik nak buat kad ucapan terima kasih bila dah boleh keluar nnti. (angan2 je sebab kelam kabut dengan 1st baby. haha.) Tapi memang sangat2 berterima kasih kepada akak2 misi sebab bagi servis yang tiptop untuk si ibu dan baby skali dalam tempoh dok situ..Tq2!

Pasal sakit nye pulak, mula2 ok je. sakit pon aku senyap je sebab boleh tolerate lg sakitnye. Kononnye jugak nak save energy nak meneran jap g. Ayat ni memang dari mula masuk labour room non stop aku baca. In shaa Allah boleh diamalkan.

"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah"
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalanagan orang-orang yang zalim"

But then, hujung2 tu terkeluar jugak suara emas aku ni. Aku cakap dekat nurse aku sakit, dia cakap dah tak boleh nak bagi ape ntah dia sebut. Then dia bagi aku sedut etonox (sejenis gas yang buat kita seronok~~ hehe. Function nye kurang ler sikit rasa sakit contraction tu) Gas tu buat aku high~ khayal sikit. Tapi aku rasa sebab gas tu jugak lah mulut aku bising non stop..haha..i think so. tengah khayal la katakan. 

Then, bila dieorg check condition ok and its time bebeh. Bidan pon datang dekat aku, ramai nurse keliling aku nak bg support. Terharu sungguh aku time ni. Bidan tu bagi penerangan tentang prosedur & ape yang aku perlu buat. 

1. Posisi bersalin.
Dalam keadaan baring, angkat kepala sehingga dagu betul2 menyentuh dada. 
Kaki pula ditarik dengan kedua2 tangan sendiri dan rapatkan sehingga tumit menyentuh pinggul. (kalau korang buat posisi ni dengan betul, memang tak akan ada chance punggung boleh terangkat & nak meneran nnti jadi mudah. Bidan pesan walau ape2 pon nanti jangan angkat punggung, sebab takut bukaan terkoyak teruk)

2. Paling penting jugak teknik pernafasan. 
Bidan kata bila aku rasa contraction (maksudnye rasa sakit je), dia suruh aku tarik nafas dalam2, and tahan and push! teran! dalam satu nafas tu. 
Jangan cuba2 curi nafas, sebab kepala baby akan termasuk balik kalau kita buat macam tu. 
Jangan teran guna muka. Kalau muka jadi merah tu maksudnye salahlah teknik teran kau. Teran yang betul kita teran bahagian bawah badan, bukan nye bahagian atas badan. 

3. Gunting sikit.
Bidan tu jugak inform siap2 kat aku disebabkan ni anak pertama dieorg akan gunting sikit. Tapi aku diberitahu jugak yang aku tak kan rasa sakit masa kena gunting tu, so jangan risau.


Alhamdulillah, dengan dua kali push, baby aku selamat keluar melunjur laju. Tu pon sebab first push aku baru nak praktikkan apa dia ajar tadi, then baru aku dapat tangkap betul2 apa patut buat. Selang masa first and second tu aku rehat jap letak kepala kat bantal. Rasa contraction je, start buat balik for second time dengan sungguh2. Rasa baby lalu keluar tu ya Allah, tak terkata. Tak sakit pon time tu. Gunting pon tak sakit. Kalau bidan tu tak bagitau dia nak gunting aku pon tak tau. Sokongan padu dari nurse2 lain sangat2 membantu. Menaikkan semangat sungguh. 
"Sikit lagi" "Good girl" "Betul dah ape awak buat" "Dah nampak kepala baby!" "U can do it" "Yes! Yes!" "Ok push! Betul tu. Lagi2! Awak boleh" dan sebagainya.. Hehe.

Terus dia bagi baby kat dada & aku disuruh bagi baby susu. Automatik memang baby akan cari sendiri. Gagau mulut dia cari spot. Haha. SubhanAllah. Allahuakbar. Tengah layan feeling yang sangat menakjubkan tu, bidan suruh rilek sebab dieorg nak bawak keluar uri. Uri tu akan keluar sendiri after that, rasa contraction sikit. Dieorg akan check either ade tertinggal lagi kat dalam ke tak. 

After a while, nurse ambik baby aku nak dimandikan, ditimbang & diperiksa. Time ni memang lama sangat aku tunggu. Dieorg nak jahit tapi lama benor lah aku tunggu kan. Maybe kebetulan time ni dieorg tukar shift. Nak tunggu bidan lagi sorang bersiap. Time jahit sangat ngilu & sakit. Lagi2 bahagian kulit. Sebab katanye bahagian tu memang tak de ubat kebas nye. Ada tiga lapisan semua. Tersentak2 aku sampai masuk dalam tidur..Lepas habis jahit, doktor perempuan datang check either jahitan ok ke tak. Dia seluk jugak & suruh kita try kemut. Then dia tengok semua ok, baru aku ditolak keluar masuk wad. Rupanya sementara aku kena jahit tadi, nurse siapkan baby aku, then dia bagi kat suami & family aku kat luar labour room tu. Suami pon buat  ape yang patut & mak aku pon buat ape yang perlu which is tangkap gambar. hehe. 

Alhamdulillah setel part baby lahir. Next maybe aku akan cerita sikit bahagian aku tinggal kat wad sebelum boleh discharge. Betapa payah nye aku nak menyusukan anak aku. Huhu. In shaa Allah.

Jazzakumullahu Khairan Kasiiran..





Monday, July 27, 2015

Resipi Nasi Goreng Cekur

Assalamualaikum w.b.t..

Entry kali ni nak share dengan korang resipi nasi goreng cekur. Yes, cekur..
Bagi yang tak tahu ape tu cekur, jangan risau, jangan rendah diri, hehe..
Sebab aku pon lepas kawen baru tahu. Kalau tak sebelum tu memang tak pernah dengar pon. :)
Then, selalu kedengaran "ooohh..cekur ni jawa suka sangat lah"

Daun Cekur
Ubi Cekur

Katanye, pokok cekur ni memang banyak khasiat. Antara nya boleh buat jamu sebab dia boleh panaskan perut, kurangkan kebas otot dan buang angin dalam badan. Yang paling best awet muudaaa. hehe.. Bagus kan..

Okay cara nak buat nasi goreng nye sama je macam nak buat nasi goreng biasa. 
Just masa nak tumbuk bahan tumis tu masukkan skali ubi cekur ni. Bau dia kuat ooo.. 
Dulu masa mula2 mak mertua masakkan, rasa pelik & tak tertelan jugak. Alkesahnye, makan tu kena letak kicap banyak2, baru boleh makan habis.. Tapi sekarang tak dah, siap teringin lagi nasi goreng oh mak mertua ku, ampunkan daku..hehe..Mak mertua lalu x sedar bila makan ni.

Nampak tak kegigihan nak hias guna petai tuuuu..
Petai encik suami yang makan, cik isteri xsuka. :)
Bahan-bahan tumbuk (blend pon boleh):
3-4 biji/ulas ubi cekur
4 biji cili padi
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci hujung pokok serai (optional) - just nak bagi naik bau&rasa
sedikit udang kering (rendam dulu sebentar dalam air)

Bahan-bahan lain:
Nasi putih sejuk
Isi ayam/udang (tak nak masukkan pon xpe. Buat nasi goreng kosong dengan telur mata & ikan bilis goreng pon dah sedap)
Daun cekur (hiris nipis)
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumis bahan yang dah ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam/udang. Sehingga agak2 masak. 
3. Masukkan nasi putih sejuk. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan daun cekur yang dah dihiris tadi dan serbuk perasa. Sebatikan.
5. Sedia untuk dihidang~!

Try lah. Highly recommended.
Jazzakumullahu Khairan Kasiiran~






Monday, June 22, 2015

Bersalin Anak Pertama (throwback jauh2) part2

Assalamualaikum..

Ni adalah sambungan dari post sebelum ni.. Part 1

Ok. Aku stop kat mana? dah lena (tidur) kan sebelum ni? hehe. Lena awal, tapi terjaga pulak dalam pukul 2 pagi sebab sakit perut. Sakit perut macam nak cherry berry tu. Tidur dekat bilik bawah, so terpaksa pergi tandas bilik adik dekat atas (sebab tandas duduk). Keluar masuk banyak kali jugak. Sebabkan dok ingat ni salah makan durian tu, memang meneran jugak lah. Tapi pelik x keluar ape2 pon and still sakit perut. Bila dah reda sikit sakit nye tu, aku turun cuba nak tidur balik. Tak lama lepas tu rasa sakit lagi, kali ni aku kejut encik suami, cakap sakit perut. Terus aku naik atas balik, keluar masuk tandas still sama. Sampai aku tumpang tertidur dekat bilik adik aku tu. Terabai kejap suami yang tertunggu2 kat bawah tu.

Then, seorang Fikha ni baru sedar yang ni nak beranak kot. isk..isk.. terus turun bawah cakap dekat encik suami. Dua2 first time kan..so macam eh betul ke ni, xde tanda ape2 yang significant, so jadi blur nak buat ape. sebabkan sakit perut lagi, naik la atas balik, sebab xtau nak buat ape time sakit ni. Kalau dulu period pain mesti dok lelama dalam toilet, lalukan air, memang kurang la sakit tu sikit. So, aku buat macam tu jugak tapi tak lama pon sebab memang tak selesa. Bila dah ok sikit, aku sempat buat solat hajat & sujud lelama. Cuba jugak nak kira selang masa contraction, first kira tu selang 5 minit. So, boleh bertenang lagi. Memang nak tunggu tanda at least baru nak pergi hospital (nasib hospital pon dekat je). Then, tiba-tiba ada tompok darah kecik je kat seluar dalam time tu, eh ni ke tanda nye, selalu tengok dalam cerita sampai mengalir2 darah nye. Tak buang masa aku kejut mak dengan abah, aku call je sebab segan la masuk bilik mak abah malam2 kan. Mak keluar dari bilik tanya aku macam mana semua. Mak suruh aku pergi mandi dulu. Encik suami dah ambik beg yang memang dah siap prepare nak pergi hospital. Tapi lepas dah siap, mak abah tak siap lagi..Hehe..Encik suami jadi kelam kabut, eh rilek nye mak abah aku ni kan (anak dah 7, cmtu ler) Memang dieorg tenang je. Suruh aku makan sikit dulu. Akhirnya bergerak jugak ke hospital dalam pukul 3.15 pagi cmtu.

Sampai je labour room, lepas register dekat kaunter tu, kena interview dengan doktor incharge. Time ni encik suami dengan mak aku masuk sekali. Kena tanya balik dari A-Z macam masa mula2 buat buku merah dulu. Dalam hati geram jugak la, kan dah tulis semua kat situ. Tengah dalam kesakitan ni aku layan je ape dieorg tanye. Sambil jawab sambil jalan ke hulu hilir, sebab mak suruh jalan kalau sakit. Time tanye2 ni lah baru dapat tau pulak rupanya due date aku salah kira. Nurse klinik kesihatan tempat aku buat buku ni, p kira date start last day aku period, sepatutnye kena kira dari first day. So, due date aku sangka2 sebelum ni terlambat seminggu rupanya.  Kandungan aku time ni is 39 weeks 5 days actually. Then lepas tu acara yang ditunggu2, aku kena seluk dengan doktor tu, huhu senaknye rasa. Doktor tu cakap "I kira 6cm tapi sebab ni ur first baby, I kasi 5cm." (eh?) Terus tukar baju nak kena tolak masuk labour room. Sempat salam mintak maap dekat encik suami, dekat mak. Nurse yang nak tolak aku pakai wheelchair ni dah suruh minum siap2 nanti kat dalam tak boleh minum dah. So, aku minum air selusuh satu botol kecik. Ada balance sikit, sapu kat perut.

Perasaaan takut tu Tuhan je yang tau. Tapi aku pikir tunggu, sikit je lagi, lepas ni dah boleh tengok muka anak aku. Orang lain boleh buat, nape aku xboleh pulak kan.

Penat pulak, rasa macam tengah fuhh fuhh contraction..hehe..sambung part 3 nanti lah ye. :)

Jazzakumullahu Khairan~

Friday, May 8, 2015

Bersalin Anak Pertama (throwback jauh2)

Assalamualaikum.

Dok sakan baca bloggers lain share kisah dieorg bersalin, ter'inspired' pulak nak tulis jugak pasal aku beranak dulu. At least, kalau hana tanya apa2 pasal tu, takdak la aku garu kepala tak ingat nanti kan. Lets start without long introduction shall we. 

23 May 2013 (Sabtu)

Pada tarikh di atas, aku ada pergi wedding one of my close friend dekat Ipoh. Pada tarikh ini juga, satu lagi couple, close friend aku kahwin jugak tapi majlis nye dekat Johor. Aku dah mintak ampun siap2 kata tak dapat pergi sebab takut terbersalin nanti kat sana. (masin mulut aku) 

Nak dijadikan cerita, memang hari khamis tu baru balik Taiping kengkonon nak tunggu hari lah dekat rumah parents aku tu. Sebabkan due date katanye 3 December tau (ada cerita disebalik date ni). Agak2 kalau tak sebab wedding kawan aku tu, lambat lagi aku balik gamaknya. Sebab aku memang takde exact plan nak beranak dekat hospital swasta ke hape, so memang dalam kepala target hospital Taiping which is tak payah nak booking awal. Monthly checkup dekat KK Kangar, nurse situ pon dah bising kenapa x balik kampung lagi. Tapi dia cakap nasib la perjalanan balik Taiping, hospital banyak kiri kanan highway. Teehee..

Semua geng UniMAP yang sempat bergambar haritu
(Nampak tak special seat mak buyung dapat. Terharu + malu tau time ni)
<3 <3 <3

After semua dah pegang, goyang2 perut, (u know who u are :P) kami terus balik, tapi opkos singgah shopping mall dulu. Ini Ipoh kot~! (alasan cliché) Aku ada habit suka berjalan masa pregnant, sebab orang cakap itu tips mudahkan bersalin. Tapi ada beza sikit masa jalan2 window shopping (+ beli baju baby) dekat AEON Ipoh ni. Jalan sikit semput, jalan sikit semput. Sejenis semput yang perut ko rasa senak jugak. Berapa kali dah terpaksa duduk kejap nak hilangkan penat tu. Tapi tak pikir apa pon time tu sebab due date lagi 'seminggu', lambat lagii kannn. (fikiran seorang Fikha yang first timer)



Sampai rumah petang tu, emak jamu makan durian pulak. Huish, berulas2 aku makan. Malam tu dalam pukul 10, aku rasa tak selesa dekat perut. Dok pikir salah makan je time tu. Belasah lauk kenduri, durian lagi. Ajak suami tidur awal. Terdengar abah tanya 'Eh, nak tidur dah?' Pelik kami masuk tidur awal agaknya. Cepat jugak lah aku lena malam tu.

-to be continued-


Saturday, April 18, 2015

Resipi ke resipi? --> Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai

Assalamualaikum..

Untuk pengetahuan, aku memang seorang yang sikit-sikit suka google resepi. Eh, tapi ejaan sebenarnya resepi ke resipi ye? Kalau google je yang selalu nampak 'resepi' tu. Adakah yang tu ejaan yang betul? Lets check it out~!

Menurut DBP Malaysia, ejaan yang betul adalah 'Resipi':
1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm menyediakan sesuatu ma­sakan atau makanan; 2. cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri (seseorang) cantik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, marilah mula menggunakan ejaan bahasa yang betul ye sedaghi sekalian. Alang-alang cakap pasal resipi ni, meh aku kongsi satu resipi ikan siakap yang kalau beli ni memang wajib encik suami mintak masak stim. Takde yang lain. Hehe.. Sudah tentulah perlu menyediakan pisau yang tajam, sebab nak masak lauk ni, perkara utama adalah kerja menghiris & memotong..

Ikan Siakap Masak Stim ala Thai
by Azie Kitchen (tapi tukar2 gaya sikit my edition)


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - lumur dengan asam gelugor nak hilangkan hanyir


2 batang serai - hiris serong
1 biji bawang besar - hiris bulat
4 ulas bawang putih - hiris
11 biji cili padi - potong dua & ketuk sikit
2" halia muda - hiris memanjang
5 helai daun limau purut - hiris kasar


Bahan untuk sos:
1 kiub ikan bilis
1 sudu besar kicap masin
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos tiram
4/5 biji limau kasturi/nipis - perah untuk ambil jusnya (aku campur dua-dua jenis limau)
sedikit air

Bahan untuk dimasukkan kemudian:
1 sudu teh tepung jagung - campur dengan sedikit air
(kami tak suka dia pekat sangat sebab tu tak letak banyak tepung jagung & kalau boleh nak dia berkuah sikit)
Garam (dalam 1,2 cubit je sebab sos nya dah sedia masin)
Gula (dalam 1,2 cubit juga)
Daun bawang, daun sup - hiris
1 biji cili merah - hiris



Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk pengukus dahulu - aku guna pengukus mak bagi zaman baru kahwin dulu. Boleh jugak guna kuali, tapi kena ada lapik besi tu utk letak pinggan kita.


2. Masukkan setengah dari kesemua bahan hirisan ke dalam pinggan.


3. Kemudian letak ikan, so sebahagian bahan hirisan ada bawah ikan juga.
4. Masukkan semua bahan hirisan dan juga bahan sos ke atas ikan.


5. Kukus selama 5-10 minit atau sehingga ikan masak.
6. Buka penutup pengukus, masukkan semua bahan yang untuk dimasukkan kemudian tu.
7. Sambung kukus dalam seminit dua, SIAP~!

Perfecto~! Amount bahan-bahan tu boleh ikut selera lah ye.. :)
Tapi jangan lupa pulak masak nasi dulu, kot-kot la terlupa masak nasi sebab semangat sangat kan 
(penah jadi kat tuan diri) :P

Sekian
Jazzakumullahu Khairan






Wednesday, March 25, 2015

Cara Tambah Selera Makan Anak

  Berat badan Hana tak naik secara normal since the day dia sepatutnya start makan iaitu 6 bulan. Memang boleh nampak dekat weight chart buku checkup pink dia ni. Hana memang tak berapa lalu nak makan. Kalau dulu time 'puree phase', dia memang makan amount sepatutnya untuk baby. Tapi makin membesar ni, dah start bagi bubur and now nasi, dia still makan amount macam baby. Kekadang tu dua tiga sudu, dah dikeluarkan nye balik dari mulut. Nak paksa lebih2, ada terbaca pulak tak elok lah, nanti anak lagi tak suka makan.. Menu pon selalu tukar, nak tengok dia suka apa kan. Boleh la nak lebihkan yang tu. Tapi memang semua menu sama je pe'el dia.

Weight chart KKM checkup book
  Tapi nurse cakap even berat dia masuk range kuning, tapi still ada peningkatan jugak even slow je, should be not a serious case. Time checkup setahun 3bulan tu la nurse baru start bagi multivitamin dekat hana. Function nye nak bagi Hana yang kurang makan ni dapat vitamin tambahan which is sepatut nya dapat dari makanan yang dia patut makan. Hana dapat sebotol. Memang time tu rasa berharap sangat hana boleh ada selera makan macam bebudak lain yang makan non stop tu. Rasa happy kot tengok anak makan.


Multivitamin dapat dari KKM
  Hana memang suka makan ubat, lagi-lagi multivitamin ni, rasa oren yang sedap. Saya rasa jugak lah sedappp. Memang sedap. patut Hana suka. Kalau dia nampak botol ni, mesti dia ambik sambil cakap "Nak.. Nak.." Tapi disebabkan dapat pon sikit je dari klinik kesihatan, sempat tahan berapa hari je and still tak nampak perubahan yang ketara dekat Hana ni. Try think positive jugak, maybe ambik masa sikit nak nampak perubahan. Ambik initiative sendiri beli dekat luar multivitamin ni. Try survey dekat kedai baby, dekat farmasi. Ghupenye macam2 ado. Tapi sebab memang nak cari yang liquid and function specific untuk tambah growth & selera makan, memang jenama APPETON yang dok nampak dekat setiap kedai.

Appeton Multivitamin Lysine
  Time beli ni ada sale dekat Apple Baby House, kedai baby dekat Arau, Perlis. Dalam RM30++. Kalau tak lebih RM40 dekat kedai lain. Alhamdulillah. Even rasa appeton ni takdelah sesedap yang klinik kesihatan punya tu. Sebab dia pahit sikit. Hana memang nampak lah kalau suap tu memang tak tolak. Selera makan dia memang bertambah. Kalau ajak makan, terus dia excited "Nyum..Nyum!"

  Paling penting ia halal and dapat kelulusan KKM. Hasil study jugak Lysine ni memang banyak benefit dia. Selain membantu pertumbuhan, lysine membantu dalam menghasilkan carnitine, nutrien yang bertanggungjawab menukarkan asid lemak kepada tenaga dan membantu untuk mengurangkan kolesterol dalam badan. Lysine juga turut membantu menghasilkan kolagen, yang mana dapat membantu badan menyerap kalsium. Kanak-kanak memang memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi. Jika kanak-kanak tidak mendapat cukup lysine dari makanan, dia mungkin mengalami keletihan, loya, pening, kehilangan selera makan, ragam yang murung, bloodshot mata, pertumbuhan yang perlahan, anemia atau gangguan reproduktif. Lysine boleh dijumpai di dalam cheese, yogurt, daging, kacang soya, ikan, telur, bayam, etc.

  Maybe sebab ni lah jugak Hana tak berapa ada selera nak makan kan. Alhamdulillah, sekarang dah sebulan Hana consume multivitamin ni. Sebab ada masalah berat badan, so kena g checkup sebulan sekali. Kalau tak, 6bulan sekali je kan. Nak monitor berat badan Hana punya pasal. Semalam baru check up balik after a month, memang naik. Dah hampir nak keluar dari zon kuning.

Nampak kan ada sikit peningkatan dalam sebulan ni.
  So, memang berharap sangat benda positive ni akan berterusan lagi. Tunggu next check up lah. Amin..

Jazakumullah Khairan Katsiran
Happy Parenting

Saturday, February 28, 2015

Cara Menangani Tantrum Anak

Assalamualaikum..

KENALI APA ITU TANTRUM
Tantrum membawa maksud kemarahan secara tiba-tiba. Manakala "Temper Tantrum" pula ialah suatu luapan emosi yang meledak sehingga tiada kawalan diri. Ia sering kali muncul pada anak berusia 15 bulan 6 tahun. Kebiasaannya berlaku pada anak yang hyperactive dan anak yang menghadapi beberapa situasi seperti:
  1. Tidak cukup tidur.
  2. Makan dan proses pembuangan najis tidak teratur.
  3. Kekok dengan situasi baru atau berjumpa dengan orang yang tidak dikenali.
  4. Lambat beradaptasi terhadap perubahan.
  5. Emosi tidak tenteram.
  6. Mudah marah dan mudah menangis.
  7. Sukar untuk mengalihkan perhatiannya.
Tantrum mungkin berbeza mengikut umur anak itu. Contoh perbuatan yang boleh dilihat mengikut umur adalah seperti berikut:

Dibawah umur 3 tahun
- Menangis
- Memukul
- Menendang
- Menjerit
- Menghempas badan ke lantai
- Memukul-mukul dengan tangannya
- Menahan nafas
- Menghentak kepala
- Melemparkan barang
- Memeluk tubuh

Umur 3-4 tahun
- Menghentak kaki
- Berteriak
- Meninju
- Menghempas pintu
- Mengkritik
- Merengek

Umur 5 tahun ke atas
- Memukul adik-beradik atau kawan-kawan
- Mengkritik diri sendiri
- Mengancam
- Memecahkan barang dengan sengaja
- Merungut


FAKTOR PENYEBAB TANTRUM
Ada beberapa factor yang menyebabkan Tantrum terjadi. Diantaranya adalah:
  • Kehendak atau keinginan anak dihalang
Keinginan sesetengah anak jika tidak dipenuhi, mereka mudah melepaskan emosi tantrumnya bertujuan untuk mendesak ibubapa agar memenuhi kehendak mereka.
  • Ketidakmampuan anak mengungkap dengan perkataan
Kanak-kanak bawah umur 4 tahun masih terbatas dalam berkata-kata, oleh itu mereka amat sukar untuk meluahkan keinginan dalam bentuk bahasa yang mudah untuk kita fahami. Ini akan menyebabkan mereka kecewa atau ‘frust’ dan secara tidak langsung disampaikan dengan sikap tantrum.
  • Pergerakan terhad
Kanak-kanak yang hyperactive lebih suka pergerakan yang bebas tanpa kongkongan atau batasan. Sekiranya mereka dikawal dan kita cuba hadkan kelakuan mereka supaya menjadi sopan dan bertatatertib, maka ini boleh mewujudkan stress dan sikap tidak puas hati pada diri anak. Di sini tantrum juga biasa wujud.
  • Asuhan Ibubapa
a) Anak yang terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan tiba-tiba ada pula kehendak mereka tidak dapat diberi.
b) Asuhan yang tidak konsisten – ibubapa tidak menerangkan yang mana baik dan yang mana buruk dengan anggapan mereka masih kecil untuk memahami penjelasan. Apabila anak melakukan kesilapan, kita terus menghukum, maka komplikasi ini yang mewujudkan tantrum.
c) Ibu dan bapa bertelagah pendapat untuk memberi didikan pada anak.
  • Anak berasa penat, lapar atau berada dalam keadaan tidak selesa atau sakit.

CARA MENGATASI TANTRUM ANAK
Anak berumur 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda melakukan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Mereka sedang belajar untuk ekspreskan diri untuk memberitahu sesuatu kepada kita. Oleh itu, cara untuk membantu dan menangani keadaan ini adalah seperti berikut:
  1. Pelok erat anak anda.
  2. Bisikan anda sayang pada mereka dan anda faham perasaan mereka.
  3. Baca ayat Quran atau “A’uzubillah hi minassyaitan nir rajim” dengan niat supaya  syaitan tidak mengambil kesempatan terhadap dia dan anda ketika itu.
  4. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang.
  5. Jangan sesekali marah dan menjerit atau memekul mereka kononnya untuk mendisiplinkan mereka. Ini hanya akan memberi kesan yang lebih teruk pada anak. (part ni aku memang selalu fail lagi2 untuk ibu berdarah muda macam aku ni..cepat betul hilang kesabaran tu..huhu..memang kena banyak sabar..ape2 pon kena berbalik pada nombor 3 tu)
Anak aku hana dah masuk setahun 3bulan, dia memang dah mula tunjuk perasaan dengan macam2 cara. Kalau dulu kita boleh alihkan perhatian dia dengan benda lain. (oop bulan..oop bulan.. dengan harapan anak berhenti menangis) Sekarang memang tak jalan dah cara tu.. 

All the best~! Happy parenting~

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء






Friday, February 27, 2015

Pertama Kali Ber'blogging'

Assalamualaikum Dunia Maya~
  Hai. Ini adalah post pertama aku. (nampak benor 1st time nye) 
Selalu nye kalau mula2 jumpa orang, kita kenalah kenalkan diri ye dak..
  I'm a mother of a one year old daughter, Hana Insyirah nama kami beri.. Yes, hana is soooo 2014/15.. Memang ramai baby sebaya hana nama pon Hana.. (High5!) 
  Got married during my MSc study which is still x grad2 lg. (heehee dalam sendu) >> maybe nanti boleh bukak post pasal my study problem, dilemma, stress and so on.. (memang nak bagi korang pening dgn my personal prob pon)


  Ok lah. Lately terasa betul2 nak start blogging even sebenarnye memang dah lama sangat teringin. Time era2 kak maria elena, irine nadia, hentakbelipat, dr hatim and sebagainya. Tapi...haa tengok! Most of the things buat kita jadi seorg yang gagal bila kita ada banyak tapi..tapi..ni. Memang dari zaman sekolah lagi, aku ada sikap terlalu mendengar apa orang cakap. 
  
  Contoh ada rakan sekelas time sekolah dulu pernah tegur, "eh kau, muka kau lagi nampak hitam lah pakai tudung kaler cerah ni." (aah, aku memang sangat gelap dulu. Gelap yang sememeh yang aku pun segan nak tengok balik gambar dulu2.) Consequently, sampai ke besar aku dengan tudung hitam tak dapat dipisahkan. 
  
  Contoh kedua, aku minat baca novel. So, biasalah kanak2 memang suka cuba something yang dia minat. Terjadilah penulisan novel yang aku suka2 karang tapi tak pernah habis. Tapi sebab nak join contest sekolah aku tulislah satu cerpen pendek yang mana aku pon x caya aku dapat nombor 2 (padahal sebab 3 orang je masuk. HAHA) Tapi yang macam tu pon aku dapat kritikan dari seseorang lelaki "eh kau tulis cerpen ni mesti kau bayang diri sendiri heroin kan. hahahaha!" (gelak satu kelas) Hmm..memang lepas tu aku stop terus dari hobi penulisan tersebut. 

  Nampak tak tahap kematangan aku zaman sekolah ni dulu. Memang tak matang..Tapi kita tak pernah perasan dari satu2 benda yang berlaku di atas ketakmatangan sendiri, effect dia sampai sekarang & kita pon tak perasan.


  At last! Terlahirnya jugak my first post ni kan. Hasil ehsan dari Google, aku baca sikit2 macam mana nak buat blog ni. Oh yeah~! So ilmu yang diperolehi perlulah dikongsi bersama. Here some guide using blogger:

  1. Register account baru di Blogger (macam biasa kalau nak register account baru just like shopping website tu, kena ada email yang aktif)
  2. Get ready nama untuk blog korang yg besh2 tu, so boleh terus sign up dekat sini.
  3. Pilih template/design untuk blog korang. Macam aku suka yang simple, nice & yang penting tulisan mudah baca. Yang ni bila-bila masa korang boleh tukar from time to time. Dont worry. 
  4. Taa daa..korang dah ada blog! yang kosong~~ Haha.. So, nak penuhkan, nak buat ramai readers & followers bolehlah start posting.
All da best~!! 

جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء